PEMBUDAYAAN KBAT KE ARAH KEMENJADIAN & KEBOLEHPASARAN MURID

BARISAN PENTADBIR & KETUA BIDANG

Tinta GPK PENTADBIRAN SeMShah

Pemangku Pengetua 2024 

MENGUNGGULI PENDIDIKAN DI NEGERI PAHANG


Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat  guru dan AKP yang di rahmati Allah SWT.

Berada di SMK Muadzam Shah adalah satu pengalaman baru yang saya tempuh bersama tuan-tuan semua, Sebagai Pengetua baharu, setiap hari adalah proses pembelajaran bagi saya. Saya belajar dari bacaan, pemerhatian, perbualan dan pengalaman yang saya dapati setiap hari.  Hal ini kerana saya tahu bahawa saya bukan seorang yang hebat. Saya cuma mempunyai sedikit ilmu yang mungkin saya boleh kongsi bersama semua guru-guru.

             Secara jujurnya, pada masa  sama saya menilai semua orang. Tujuannya, adalah untuk saya lebih memahami setiap karakter warga yang ada di SeMShah ini.  Saya tahu tuan-tuan juga turut sama menilai diri saya. Selain itu, sudah pasti pemahaman terhadap amalan kerja warga SeMShah juga perlu saya fahami dan perhalusi. Mana yang baik saya teruskan dan mana yang perlu ditambah baik, maka secara beransur-ansur diperbaiki.

             Oleh itu, sasaran saya adalah tertumpu untuk penambahbaikan. Antara tindakan awal yang saya telah laksanakan adalah menyemak semula Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) dan memurnikannya semula. Bersama pasukan pentadbir yang berpengalaman, kami tentukan semula hala tuju sekolah IAITU PEMBUDAYAAN KBAT KE ARAH KEMENJADIAN DAN KEBOLEHPASARAN MURID agar lebih jelas lagi. Sebahagian besar strategi dan pelan taktikal   kami kekalkan kerana saya dapati program tersebut sememangnya memberi impak. Kami kongsi hala tuju ini bersama semua warga melalui mesyuarat guru, perhimpunan rasmi sekolah, mesyuarat PIBG dan dalam pelbagai medium komunikasi maya. Tujuannya, agar semua warga dapat menghayatinya dan sama-sama bergerak serta berusaha untuk mencapainya.

Tuan-tuan,

Konsep yang ingin saya tekankan dalam memimpin sekolah ini adalah KEBERSAMAAN. Logiknya mudah, kejayaan sebuah sekolah bukan terletak atas kepimpinan semata-mata, tetapi individu yang menjadi pelaksananya. Sudah pasti dalam hal ini individu tersebut adalah tuan-tuan sendiri. Realitinya, saya tidak boleh bekerja berseorangan, sokongan tuan-tuan sangat dituntut bagi memastikan SMK Muadzam Shah terus maju kehadapan. Sudah tiba masa kita menjadi yang terunggul dalam SPM dan STPM. MARILAH KITA BERUSAHA UNTUK MENGUNGGULI PENDIDIKAN DI NEGERI PAHANG

             Alhamdulillah, di SEMSHAH@ saya mempunyai barisan pentadbir yang mantap, berpengetahuan dan berpengalaman serta disokong oleh barisan guru yang HEBAT dan AKP yang komited. Semoga kita sentiasa BERSAMA UNTUK KEJAYAAN. Semoga ALLAH SWT sentiasa mengurniakan rahmat-Nya untuk kita semua. Aamiin.

 

ROHANA BINTI SULAIMAN

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

SeMShah

MAC 2024